Thursday, August 28, 2014

Bagaimana Set Bersalin Nawal Herbal Beauty Membantu Masalah Ibu-Ibu Bersalin?


Assalamualaikum



Adakah anda masih berasa waswas atau ragu-ragu dengan keberkesanan dan fungsi Set Bersalin kami?

Set Bersalin Nawal Herbal Beauty membantu ibu-ibu mengatasi masalah:

1. Sukarnya nak berpantang ala-ala kampung dan tradisional di zaman moden ini

2. Sukarnya nak bertungku dengan tungku sungai dan membalut lagi batu tungku dengan kain batik dan daun herba bagai..

3. Sukarnya nak mencari dedaun herba yg berkhasiat tinggi, segar dan berkualiti yang bagus untuk mandian ibu dalam pantang

4. Sukarnya nak KURUSKAN BADAN! Badan makin berisi selepas bersalin. Bahaya ni!

5. Miss V kuat berbau akibat lelehan darah nifas hingga tiada keyakinan diri

6. Sakitnya dalam perut seperti ada darah berketul yang tak habis keluar semasa awal-awal dalam pantang (rengat)

7. Bisa-bisa dan angin dalam badan yang menyebabkan ibu kesakitan sepanjang masa hingga sukar nak tumpukan pada bayi

8. Perut membuncit, tiada langsung tanda-tanda perut menjadi tegamg dan kemas semula

9. Keliru param, pilis dan lulur terbaik yang sesuai digunakan semasa dalam pantang

10. Timbul masalah kulit, ruam kulit hingga menyebabkan gatal-gatal dan berparut hodoh akibat alahan semasa hamil. Stretchmark, kulit tidak sekata, timbul jerawat di muka.

11. Dan pelbagai lagi masalah-masalah lain.

----------------
Dapatkan segera 3 pakej menjimatkan Set Bersalin. Berkesan, berkualiti dan slim dalam masa singkat. 100% tradisional dan cara kampung.

KLIK SINI !

Tuesday, August 26, 2014

Tungku Besi




Berat: 2 kg. Paling sesuai dan senang digunakan oleh ibu kerana bentuk memanjang, senang dipegang. Hanya perlu bakar tungku ini di atas paling perlahan selama 15 minit dan masukkan ia ke dalam Sarung Tungku Herba ya. Kepanasan tungku besi ini boleh tahan lebih lama berbanding batu sungai.  

Fungsi:
1. Menuam perut
2. Menaikkan peranakan

3. Mengecutkan rahim
4. Melegakan sengal badan
5. Mengurangkan senggugut
6. Melancarkan perjalanan darah
7. Mengeluarkan angin, lendiran dan darah

Cara Penggunaan:
Panaskan tungku besi di atas dapur api perlahan (stove) selama lebih kurang 15 minit. Setelah itu, angkat tungku besi tersebut dan masukkannya ke dalam sarung herba ini. Itu sahaja.


HARGA: RM35.00-sm


Herba Mandian Azzahra



Kandungan:
Serai wangi, inai, halia bara, rempah gunung, meringan, serai acheh, sireh kampung, daun buah pala, bunga lawang, kayu manis, timun tasik dan lengkuas merah dan juga garam bukit.

Herba Mandian Azzahra sesuai digunakan oleh ibu di dalam pantang untuk dibuat mandian. Anda hanya perlu merebus herba ini ke dalam periuk selama 20 minit dan curahkan ke dalam baldi yang telah dicampurkan dengan air biasa.

Khasiat Herba Mandian Azzahra antaranya adalah:
- menyegarkan badan si ibu
- membuang angin
- mempercepatkan proses penyembuhan luka kesan bersalin
- meringankan badan
- mewangikan badan
- mematikan kuman

Keistimewaan Herba Mandian Azzahra ini terletak pada kepelbagaian fungsinya dan sesuai digunakan dalam semua situasi berikut:
- Dijadikan sebagai herba sauna
- Dijadikan sebagai herba mandian biasa (mandian di dalam tandas khas bagi ibu di dalam pantang)
- Dijadikan sebagai herba rendaman kaki untuk kelegaan kaki yang letih dan menyegarkan kaki
- Dijadikan sebagai herba tangas

Apabila anda bertangas, anda seeloknya mencampurkan 2 biji manjakani yang telah ditumbuk kasar dan 1 keping asam keping ke dalam periuk tanah. Rebus kedua bahan ini bersama Herba Mandian Azzahra sehingga menggelegak. Gabungan kesemua herba ini mampu memberikan kebersihan optimum untuk faraj, menyihatkan rahim, menyuburkan rahim, sesuai untuk ibu yang keguguran, berkesan mengetatkan faraj dan menghilangkan keputihan.

Herba ini juga sangat bagus digunakan oleh semua wanita di luar sana yang begitu menjaga penampilan diri, luaran dan juga dalaman. Amalkan mandian herba setiap hari khasnya bagi ibu yang berpantang untuk kesihatan, tenaga, dan menyerlahkan kecantikan anda. Wanita yang bekerjaya juga sesuai untuk mandian herba ini khasnya untuk menghilangkan keletihan, menyegarkan, dan mengatasi tekanan.

Cara guna:

Rebuskan 3-4 sudu herba mandian azzahra di dalam periuk bersama air secukupnya selama 20 minit. Tuang air rebusan itu ke dalam baldi atau bath tub. Herba yang telah direbus itu boleh diulang rebus selama 3 kali.

Lebih disyorkan anda titiskan beberapa titis Pati Minyak Serai Wangi ke dalam air herba di dalam baldi anda. Ia akan menambahkan khasiat mandian anda dan memberikan khasiat aromaterapi untuk dalaman anda.


Harga: RM50 SM
             RM53.00 SS


Sarung Tungku Herba



Sarung Tungku Herba adalah kain belacu yang didalamnya telah dimasukkan daun-daun herba dan dijahit kemas. Pada kebiasaanya, untuk tujuan bertungku, daun-daun herba seperti daun pandan dan daun kunyit dibungkus di dalam kain sarung apabila ibu hendak bertungku. Cara tersebut amat meremehkan kerana ibu perlulah mencari daun-daun herba yang bersesuaian terlebih dahulu dan kemudian membungkus pada setiap kali hendak bertungku. Dengan Sarung Herba ini, ibu mampu untuk bertungku pada bila-bila masa dengan lebih selesa dan senang hati.

Cara Penjagaan:
Sarung Herba tidak boleh sama sekali dibasuh. Cukup sekadar simpankannya di tempat kering dan tidak terlalu terdedah kepada matahari.


HARGA:  RM44 SM, RM47.00 SS


Bedak Panas Syifa



Kegunaan: 
Berfungsi untuk 3 dalam 1; lulur, pilis dan param. Berkesan untuk menghaluskan kulit, menghangatkan badan dan mengelakkan serangan angin semasa dalam tempoh berpantang. Ia juga mampu mengurangkan kegatalan pada kulit.

Kandungan: Ketumbar , Kunyit, Adas Pedas, Halia Bara, Jerangau, Serai Wangi, temulawak , tahi angin , kedaung dan lain-lain.

CARA GUNA
Param: Ambil 2 sudu Bedak Panas Syifa dan campurkan dengan sedikit air kosong dan 2 titis Pati Minyak Serai Wangi. Lumurkan campuran tersebut ke perut dan peha anda. Setelah itu bolehlah memakai Bengkung Ibu.

Pilis: Ambil satu sudu sahaja dan campurkan dengan sedikit air kosong dan Pati Minyak Serai Wangi, kemudian sapukannya ke dahi.

Lulur: Amalkan setiap hari semasa anda mandi. Sapukan sedikit sahaja ke tempat kulit yang kasar, di perut dan di celah peha. Penggunaan setiap hari mampu menjadikan kulit anda lebih halus dan lembut.

Kandungan: 100 gm - boleh digunakan untuk 40 hari berpantang jika hanya diguna untuk param dan pilis.


Harga: RM29.90 sm
             RM33.00 ss




Feminine Wash Manjakani



"Memantapkan Wanita"

Mengatasi gatal, bau dan keputihan.

Mengharumkan kewanitaan anda. Menyegarkan.

Membahagiakan suami tersayang.


Feminine Wash Manjakani diformulasikan daripada herba manjakani serta daun sireh yang telah diguna secara tradisional bagi menjaga kebersihan dan perawatan bahagian intim wanita.

Formula Nawal Herbal Beauty selamat buat ibu hamil dan ibu dalam pantang.

Formula istimewa dengan ekstrak manjakani dan sireh yang membantu membersih bahagian intim wanita, mengurangkan bau, mengurangkan kegatalan dan mengekalkan bahagian intim sentiasa bersih dan terpelihara. Ekstrak manjakani dan sireh telah digunakan secara tradisional untuk memberikan penjagaan sempurna dan diperkaya dengan haruman strawberi untuk memberikan lebih keselesaan.

Basuhan yg lembut, harum dengan bauan strawberry, diformulasikan dengan ekstrak manjakani dan sireh, utk penjagaan sempurna di bahagian intim wanita. Disyorkan untuk diguna selepas anda bertangas. ia memberikan kesegaran dan kebersihan yang maksimum.Sesuai untuk penggunaan harian. Formula pekat dan sangat menjimatkan! Sebotol 120 ml ini cukup untuk penggunaan sehingga 2 bulan .

Dengan kandungan ekstrak manjakani dan sireh membersih, mengharum dan melindungi bahagian intim daripada bau dan kegatalan. Dicampur dengan haruman strawberi memberikan lebih keselesaan dan keyakinan kepada setiap wanita. Ibu dalam pantang sesuai menggunakan produk ini setelah kesan jahitan di miss v anda telah kering untuk mengelakkan kerengsaan.


Dikilangkan di Malaysia oleh kilang bertaraf GMP (good manufacturing practice). ia dijamin selamat dan tiada bahan kimia berbahaya.
 


Arahan: Tuangkan sedikit untuk membersihkan bahagian intim. Bilas sempurna.

No. Pendaftaran KKM: NOT130304282K
Kandungan: 120 ml

Harga: RM32.00 sm, RM35.00 ss



Bengkung




Bengkung Ibu merupakan bengkung zigzag diperbuat daripada kain kasa belacu yang sangat selesa dipakai, kainnya kejap, pemakaiannya sungguh kemas, tidak bergerak menaik atau menurun. Mempunyai 2 tali untuk memudahkan ikatan diketatkan. Untuk kesan lebih baik, sapukan Bedak Panas Syifa ke perut dan peha sebelum anda memakai bengkung. Amalkan penggunaan Bengkung Ibu pada setiap hari semasa 40 hari berpantang. Penggunaan yang konsisten mampu menjadikan tubuh anda kembali ramping, kemas dan menawan.

Fungsi:
1. Melangsing dan mengembalikan bentuk badan kepada kontur asal
2. Merampingkan pinggang
3. Menjaga kedudukan rahim agar tidak berlaku prolaps (jatuh)
4. Menegangkan kembali otot-otot perut.
5. Membantu mengawal selera makan.
6. Mencantikkan bentuk badan menjadi lebih kemas.

Keistimewaan:
1. Kainnya selesa, pemakaiannya kemas, kejap dan terletak di badan.
2. Ukurannya panjang dari paras bawah dada hingga ke peha.
3. Penggunaan setiap hari bersama Bedak Panas Syifa mampu mencantikkan tubuh dan memecah lemak.

Ukuran: 22’ x 46’
Saiz: S, M, Free size

Harga: RM48.00
Pos laju semenanjung: RM7
sabah sarawak: RM11