Monday, August 25, 2014

Tips Mudah Bersalin


Terdapat pelbagai tips mudah bersalin khasnya untuk membantu ibu-ibu melahirkan bayi. Tips-tips tersebut biasanya berbeza mengikut pengalaman yang dilalui oleh seseorang. Berikut merupakan tips mudah bersalin mengikut pengalaman sendiri. Insyaallah sesuai diamalkan oleh ibu-ibu diluar sana...

1. Sepanjang mengandung, kerapkan mengingati Allah dan menyebut perkataan-perkataan yang baik.

2. Sepanjang mengandung, sekiranya ada berlaku silap samada dari segi perbuatan atau kata-kata, atau terdetik dihati tentang rasa tidak puas hati anda kepada suami anda, segeralah anda meminta maaf dengan suami anda. Jangan bertangguh. Doa dan restu suami sangat penting untuk anda.

3. Segera minta maaf kepada orang tua anda jika anda ada berbuat silap samada dari segi kata-kata atau perbuatan.

4. Selalu bersangka baik dengan suami, orang tua, anak-anak dan orang sekeliling anda.

5. Biasakan lidah menyebut zikir dan selawat nabi kepada junjungan besar Muhammad SAW.

6. Kerapkan makan madu, minyak zaitun, buah oren, buah kurma sepanjang tempoh anda mengandung. Minyak zaitun mengandungi vitamin dan nutrien penting untuk menghasilkan antibodi tubuh yang kuat, kulit yang cantik. Tambahkan kekerapan makan minyak zaitun ketika saat anda hampir untuk bersalin kerana menurut kata orang-orang tua, minyak zaitun mampu membuatkan anda mudah bersalin dengan cara memberikan kelicinan saat kepala bayi anda bersedia untuk keluar.

7. Elakkan daripada mendatangkan kecederaan kepada orang sekeliling anda termasuk kepada serangga di dalam rumah anda.

8. Selalu membaca Al-Quran untuk mendapat ketenangan hati yang maksimum. Surah-surah seperti Surah Maryam, Surah Luqman diulang baca pada setiap hari.

9. Cipta hubungan yang baik dan mesra dengan semua orang disekeliling anda.

10. Banyakkan berjalan dan turun naik tangga. Semakin kerap anda berjalan, semakin senang anda bersalin.

11. Saat berada di dalam bilik bersalin (labour room), minumlah air milo, makan kurma dan roti. Ini penting kerana disaat anda sakit hendak bersalin, anda memerlukan tenaga yang kuat untuk meneran bayi anda. Jika anda kurang tenaga, anda tidak berdaya untuk meneran dengan baik. Alas perut anda dengan makanan tersebut sebagai bekal untuk anda mendapat tenaga yang mencukupi.

12. Didalam labour room, sila tenangkan hati, ikuti arahan doktor dan sebut selawat dan zikir. Banyakkan berdoa memohon bantuan Allah swt.
jom sama2 share untuk ibu2 di luar sana....


No comments :

Post a Comment